Sunday, January 8, 2012
Terfikir, rupa paras dan sifat...
Rata rata aku lihat, dalam institusi sebuah keluarga, anak-anak akan mewarisi rupa paras ibu bapa mereka. Mestilah sebab anak-anak itu dari benih mereka. Tetapi perasan tak? Selalunya anak sulung akan mewarisi rupa paras bentuk fizikal atau sifat dari ayah atau ibu mereka. Manakala anak kedua selalunya akan mewarisi kedua-duanya sekali, mahupun ayah dan ibu. Anak ketiga pula mewarisi sedikit ayah sedikit ibu dan mungkin juga anak ketiga ini mewarisi rupa paras nenek nenek moyang keluarga itu sendiri. Hanya anak pertama dan kedua jelas kelihatan dimata aku. Ini yang aku dapat lihat, dan sering aku berfikir apakah benar dan tepat tafsiran aku ini? Subhanallah, kekuasaan Allah yang sangat menakjubkan dan sangat indah, terlalu hebat dan tiada tandingan-Nya. Jangan terlalu taksub dgn post ini, aku cuma terfikir. Adakah anda semua fikir mcm tu jugak? Allah itu maha kuasa, hanya Allah yang tentukan masa depan dan hanya Allah mematikan dan menghidupkan nyawa manusia. Wallahu a'lam
Saturday, November 26, 2011
Kamera dan memori.
Kamera digital.
Berfoto sana sini, tiada lg memori yg dicuci. Jika tidak cantik boleh didelete, berbanding kamera filem yg tidak boleh didelete.
Dan itu lah memori sana sini.
Hanya masukkan ke dalam komputer dan upload di Facebook.
Tiada lagi memori setelah di delete dgn mudah.
Bagaimana sepuluh tahun akan dtg?
Memori tidak dpt dilihat kembali.
Memori penting, memori menyedarkan kita, memori membuat kita tersenyum.
Sekian, saya menyokong penggunaan kamera berfilem.
Subscribe to:
Posts (Atom)