Wednesday, November 2, 2011

Kupasan Wanita Hari Ini mengenai Tiger Parenting.

Kupasan yg menarik buat semua peringkat umur. Kali ini sgt menarik, berkenaan Tiger Parenting. Tak semua org tahu tiger parenting kn? Aku pun tak tahu sebenarnya, bila aku tgk WHI baru aku tahu cara yg terbaik utk didik anak, walaupun aku baru budak sekolah yg bakal mengambil SPM tidak lama lg tetapi ini adalah ilmu pengetahuan untuk masa depan. Ilmu pengetahuan yg patut di kongsi bersama. Tiger parenting atau tiger mom diamalkan oleh kebanyakan masyarakat China untuk mendidik anak menjadi seorang yg berjaya dgn mengawal anak anak secara ditaktor dan pendidikan yg keras. Adakah ini cara ini akan membuatkn seseorang anak itu berjaya? Ya, memang berjaya tetapi ada sifat memberontak dalam diri anak anak yg sgt tinggi. Seperti yg dibukukan oleh Amy Chua, seorang tiger mom. Kebanyakan ibu bapa di Malaysia pun ada menggunakan cara mendidik seperti ini hasilnya ramai remaja yg tidak dpt dikawal dan terjerumus dalam masalah sosial kerana sikap memberontaknya. Zaman dahulu pun ada menggunakan cara ini, tetapi kenapa mereka tidak terjerumus seperti sekarang? Itulah persoalannya, kenapa zaman dahulu tak pakai telefon bimbit pun boleh hidup? tak ada internet pun boleh hidup? Aku sering dgr ayat seperti ini. Bila aku tgk WHI baru aku tahu, di dalam islam, Rasulullah SAW pernah berkata " didik anak mengikut zaman anak kamu membesar " kerana zaman akan berubah. Dahulu tidak ada teknologi yg canggih, skrng teknologi teramat canggih. Baru aku tahu kenapa terjadinya culture shock dan sifat memberontak kepada diri aku dan mungkin juga remaja di luar sana. Sekian aku hnya mampu menulis ini sahaja, aku bukan pakar aku hnya ingin kongsi kerana ilmu pengetahuan ini sgt berguna. :)

No comments: