Saturday, October 22, 2011

Saya masih kanak-kanak, bukan remaja lagi

Ya saya masih kanak-kanak dan masih bersekolah. Tetapi tahap fikiran saya bukan lagi kanak-kanak, hanya pada usia saya masih kanak-kanak. Mungkin kerana saya anak sulung dan mungkin saya telah melalui banyak liku kehidupan yg berliku-liku membuatkan saya sgt matang pada usia sebenar tapi masih ada org yg tidak bernasib baik. Artikel Berita Harian pada hari ini sgt menarik, dan saya rasa saya dah besar! Haha.

Tips persedian untuk remaja menjadi insan yg berjaya;

  • Menjalin hubungan rapat dgn ibu bapa dan ahli keluarga.
  • Membajai hubungan rapat dgn rohani individu, Tuhan yg Maha Esa, keluarga dan rakan-rakan serta persekitaran.
  • Menerima perpisahan sebagai pengalaman hidup.
  • Memperoleh kemahiran membuat keputusan.
  • Bertolak ansur dalam membuat keputusan apabila wujud perbezaan pendapat.
  • Belajar menangani konflik.
  • Ambillah pengajaran daripada kesilapan.
  • Kekecewaan adalah asam garam kehidupan.
  • Perasaan gembira dan merasai nikmat adalah satu kehidupan yg sejahtera.
  • Bersabar menunggu hasil usaha anda. Kerja dgn tekun dan bijak menghasilkan kejayaan.
  • Gunakan perkataan, simbol, imej dan gambar bagi menyatakan fikiran dan perasaan anda.
  • Tetapkan arah tujuan dan makna hidup anda.
  • Hormatilah dan sayangilah diri anda.
  • Jadilah orang yang bersyukur dan berterima kasih.
  • Anda adalah orang yang paling penting untuk diri anda.

Sekian, :)

No comments: